Cantik

Kamis, 06 Mei 2010

Mujahid IdAmanKu...

Lelaki idamanku adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatiny disaluti rasa takqwa kepada Allah

Yang jiwany penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatny adalah maruah diriny

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah



Lelaki idamanku adalah lelaki yang menjaga tuturkatany

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikiny

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicariny

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatny yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang



Lelaki idamanku adalah lelaki yang menghormati ibuny

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginy adalah rumah sementara menuju akhirat



Lelaki idamanku sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matany dari berbelanja

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasny



Lelaki idamanku tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suarany lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurny lena dengan cahaya keimanan

Bangunny subuh penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usiany bertambah penuh kematangan



Lelaki idamanku sentiasa mengingati mati

Yang baginy hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idamanku adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah idamanny

Dan dia ingin membawaku bersama

Dialah lelaki idamanku...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

"Mohon Komentarnya ya.............Sukron "